Jumaat, 23 Januari 2015

Kenali Jenis-jenis Air Dalam Islam

Dalam tujuan bersuci atau bertaharah, air merupakan salah satu sumber yang diciptakan oleh Allah SWT untuk bersuci..

Di Malaysia ini terutamanya, air adalah satu sumber yang paling mudah didapati dan senang diperoleh..

Para ulama telah membahagikan air kepada beberapa jenis Pembahagian Air. Pembahagian Air dapat dikategorikan kepada 4 jenis air iaitu:



1. Air Mutlak - air yang suci lagi menyucikan

- Air Mutlak ini boleh digunakan untuk tujuan beribadah seperti berwudhuk, beristinjak, mandi hadas, penyucian samak sertu dan lain-lain..

- Air Mutlak ini ialah air yang benar-benar tulen dan tidak bercampur dengan mana-mana benda lain sama ada yang bersih seperti kopi, susu, dan lain-lain atau yang bercampur dengan najis..

- Air Mutlak dibahagikan kepada 7 kategori iaitu Air Laut, Air Sungai, Air Hujan, Air Perigi, Air Mata Air, Air Embun, Air Beku / Salji..


Air Mutlak
Tujuh Jenis Air Mutlak




2. Air Mustakmal - air yang suci tapi tidak menyucikan

- Air Mustakmal terhasil daripada lebihan air yang telah digunakan untuk tujuan bersuci seperti berwudhuk dan mandi hadas..

- Lebihan air ini jika ditadah semula dan tidak melebihi dua kolah, maka ia di kira sebagai Air Mustakmal..


Air Mustakmal



3. Air Musyammas - air mutlak yang suci lagi menyucikan namun makruh‬ untuk digunakan

- Air Musyammas adalah Air Mutlak yang terdedah kepada panas terik cahaya matahari di dalam bekas yang berkarat lalu digunakan pula ketika Ia masih lagi panas..

- Kebiasaan Air Musyammas ini terjadi di negara-negara beriklim panas..Jarang terjadi di Malaysia melainkan pada satu-satu ketika semasa musim kemarau..

Air Musyammas



4. Air Mutanajis - air yang tidak suci lagi tidak menyucikan

- Air Mutanajis ialah air yang kurang dari dua kolah yang mengandungi najis, sama ada air tersebut berubah sifatnya atau tidak..

- Air yang melebihi dua kolah jika dimasuki najis lalu berubah sifat air tadi seperti bau, rasa, & warna, air ini juga dikategorikan sebagai Air Mutanajis..

- Air ini semestinya tidaklah boleh dibuat bersuci..apatah lagi untuk di minum..


Air Mutanajis





.
.
#SamakSertu
#TahraUntukUmmah
.
.
Untuk maklumat lanjut HUBUNGI saya
SHAHRUL 017 776 9369
https://www.facebook.com/halalmuslimmall


Jumaat, 16 Januari 2015

Tujuan Bersuci Dalam Kehidupan

Taharah atau Bersuci adalah satu hukum fiqah yang berkaitan dengan kebersihan merangkumi hukum pembahagian air, pembahagian najis, dan tujuan bersuci.

"Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama, 
dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkan agama."


~ Hadis Rasulullah SAW ~

Tiang Agama
Solat Itu Tiang Agama



Bertaharah atau Bersuci ini merupakan suatu tugasan yang sangat penting bagi setiap orang yang bergelar Muslim kerana di situlah asas kepada penerimaan segala amal ibadah yang dilakukan.

Di saat yang serba moden dan pantas ini, kebanyakan masyarakat mengambil enteng dalam tujuan bersuci ini.

Tahukah anda, jika kita bersuci dalam keadaan yang tidak sempurna dan sambil lewa, dikhuatiri segala amal ibadah kita tadi menjadi sia-sia dan tidak diterima.


"Moga dijauhkan Allah daripada perkara tersebut"

.
.
#SamakSertu
#TahraUntukUmmah
.
.
Untuk maklumat lanjut HUBUNGI saya
SHAHRUL 017 776 9369
https://www.facebook.com/halalmuslimmall

Jumaat, 9 Januari 2015

Samak ke Sertu ke Di Kasi Suci?

Mana satu ni yang betul? Samak ke Sertu?


"Beb, kau terpijak tahi anjing tu! Eee..najis..najis..najis mughalazoh tu. Cepat kau kena SAMAK tu!"


Selalu kita akan cakap ayat kat atas kan..Sepatutnya ucapan yang sebetulnya haruslah begini:


"Beb, kau terpijak tahi anjing tu! Eee..najis..najis..najis mughalazoh tu. Cepat kau kena SERTU tu!"
.
.
Haha55..Macam pelik je..PELIK TAPI BENAR..itu kalau ikut bahasa buku la, tapi majoriti masyarakat akan tetap cakap SAMAK juga sebabnya,


Siapa masih lagi ingat yang perbezaan antara SAMAK dan SERTU? Saya ringkaskan di sini;


SAMAK - Penyucian kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan peluntur dan bersifat tajam.

SERTU - Menyucikan sesuatu daripada najis mughalazoh dengan 7 kali basuhan (1 kali basuhan air tanah dan 6 kali basuhan air mutlak).


Dengan pengertian di atas Samak dan Sertu juga boleh difahami melalui:

SERTU - Kerja-kerja penyucian (SAMAK) najis mughalazoh dengan 7 kali basuhan.

Macam pening je ni..Huhu55..Tak kisahlah nak sebut Samak ke Sertu ke..Janji pelaksanaannya kita buat dengan betul.. 
.
.
Kalau dekat Surabaya Indonesia, mereka menyebutnya dengan istilah "Dikasi Suci"!

"Beb, kau terpijak tahi anjing tu! Eee..najis..najis..najis mughalazoh tu. Cepat kau kena DIKASI SUCI nya pak tu!"
.
.
.
.
.
Untuk maklumat lanjut, HUBUNGI
SHAHRUL 017 776 9369







Jumaat, 2 Januari 2015

Perbezaan Antara Samak & Sertu?

﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾

 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

…………………………………………………


Apa maksud samak dan apa pula maksud sertu? Ramai yang masih keliru dengan kedua-dua istilah ini. Jom kita pelajari perbezaan makna dari segi sudut bahasa SAMAK & SERTU:
.
.
SAMAK

1. Maksud Samak ialah satu perbuatan menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan yang bersifat tajam atau peluntur seperti tawas, bahan kimia, bahan berasid, dan bahan-bahan yang bersifat tajam.

2. Tujuan Samak ialah supaya bahan-bahan tersebut tadi dapat menanggalkan atau menghilangkan segala kotoran dan lendir yang terdapat pada kulit binatang tersebut.

3. Hikmah Samak ialah membunuh segala kuman dan penyakit yang terdapat pada kulit tadi.

4. Contoh kegunaan untuk industri : Kulit binatang harus di Samak sebelum diproses untuk menjadi alatan tradisional seperti kompang, industri fesyen seperti beg kulit, kerusi kulit dan lain-lain.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:
Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. 
(Riwayat Muslim)