Jumaat, 2 Januari 2015

Perbezaan Antara Samak & Sertu?

﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾

 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

…………………………………………………


Apa maksud samak dan apa pula maksud sertu? Ramai yang masih keliru dengan kedua-dua istilah ini. Jom kita pelajari perbezaan makna dari segi sudut bahasa SAMAK & SERTU:
.
.
SAMAK

1. Maksud Samak ialah satu perbuatan menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan yang bersifat tajam atau peluntur seperti tawas, bahan kimia, bahan berasid, dan bahan-bahan yang bersifat tajam.

2. Tujuan Samak ialah supaya bahan-bahan tersebut tadi dapat menanggalkan atau menghilangkan segala kotoran dan lendir yang terdapat pada kulit binatang tersebut.

3. Hikmah Samak ialah membunuh segala kuman dan penyakit yang terdapat pada kulit tadi.

4. Contoh kegunaan untuk industri : Kulit binatang harus di Samak sebelum diproses untuk menjadi alatan tradisional seperti kompang, industri fesyen seperti beg kulit, kerusi kulit dan lain-lain.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:
Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. 
(Riwayat Muslim)



SERTU

1. Maksud Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah (najis berat) iaitu anjing, babi, dan keturunannya dengan 7 kali basuhan (air yang bercampur tanah 1 kali dan air mutlak 6 kali).

2. Tujuan Sertu ialah menghilangkan kuman dan penyakit yang terdapat pada haiwan tersebut. Mengikut ilmu perubatan, kuman dan penyakit tadi hanya dapat disucikan dengan menggunakan tanah.

3. Hikmah Sertu ialah agar kawasan yang terkena najis tadi menjadi suci untuk tujuan beribadah kepada Allah SWT dan bersih dari najis.
.
.
#SamakSertu
#TahraUntukUmmah
.
.
Untuk maklumat lanjut, HUBUNGI
SHAHRUL 017 776 9369
https://www.facebook.com/halalmuslimmall

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tahra Untuk Ummah