"Sahaja aku bertayammum bagi membolehkan aku solat kerana Allah Taala"
Tayammum ialah satu perbuatan menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan syarat-syarat tertentu..
Tayammum adalah satu rukhsah atau keringanan kepada umat Islam di atas ketiadaan air untuk bersuci..
Antara syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu bertayammum:
1. Ketiadaan Air
- Jika kita yakin bahawa tiada air di kawasan kita dan tanpa ragu untuk mencarinya lagi..
- Si Musafir yang yakin dengan benar-benar bahawa tiada air di sekitarnya semasa ingin bersuci..
2. Keuzuran Sakit
- Atas nasihat doktor dan pakar perubatan, jika kawasan anggota wudhuk kita tidak boleh terkena air, jika terkena air maka penyakit itu tadi akan lambat sembuh ataupun bertambah sakit..
- Rukhsah atau keringanan untuk pesakit yang menghadapi sakit kulit..
3. Air Digunakan Untuk Keperluan Yang Lebih Penting
- Kebiasaan ini terjadi jika sumber air tadi amatlah sedikit dan diperlukan untuk perkara lain yang lebih penting..
- Contohnya air tersebut digunakan untuk di minum, di masak, tanaman pertanian, dan binatang ternakan..
4. Bertayammum Setelah Masuk Waktu Solat
- Antara syarat utama untuk bertayammum ialah setelah diketahui masuk waktu solat..
- Ini kerana tujuan tayammum itu sendiri adalah dalam keadaan darurat..
5. Tahu Arah Kiblat Sebelum Bertayammum
6. Menggunakan Debu Tanah Yang Suci
- Tidak harus menggunakan debu tanah yang bercampur dengan habuk-habuk cat, pasir, tepung, dan yang seumpamanya..
** Setiap Tayammum Untuk Satu Solat Fardhu **
- Setiap kali tayammum hanya sah untuk satu solat fardhu dan seberapa banyak solat sunat yang lain..
- Selepas masuk waktu solat fardhu yang seterusnya, hendaklah seseorang itu bertayammum sekali lagi untuk tujuan bersuci..
Rukun-rukun Bertayammum
1. Niat Tayammum
- "Sahaja aku bertayammum bagi membolehkan aku solat kerana Allah Taala"
- Berniat ketika ingin memindahkan debu ke muka atau semasa menepuk debu yang disediakan..
- Seelok-eloknya berniat semasa ingin memindahkan debu ke muka agar debu yang disediakan itu tadi masih lagi boleh digunakan..
2. Sapuan Debu Ke Muka
- Ratakan debu ke permukaan muka seperti mana berwudhuk menggunakan air..
3. Sapuan Debu ke Tangan
- Selepas menyapu debu di muka, tepuk sekali lagi debu yang disediakan (debu selain daripada yang di sapu ke muka tadi)..
- Lalu diratakan debu tadi sehinggalah ke siku..
- Ada beberapa pendapat, memadailah jika bertayammum di kawasan pergelangan tangan sahaja. Namun di Malaysia, masyarakat mempraktiskannya dengan sapuan debu sehingga ke siku..
4. Tertib
** Debu tanah yang telah di sapu ke muka
tidak boleh digunakan untuk di sapu ke tangan**
Perkara Sunat Dalam Bertayammum
1. Membaca Bismillah..
2. Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri..
3. Berturut-turut..
Perkara Yang Membatalkan Tayammum
1. Perkara yang membatalkan wudhuk samalah juga membatalkan tayammum. Contohnya berhadas kecil dan besar..
2. Murtad
3. Mendapat air
- Sekiranya seseorang itu sudah bertayammum tiba-tiba memperoleh sumber air, namun dia belum menunaikan solat lagi, maka tayammumnya itu tadi secara automatik menjadi batal dan dia perlu menggunakan sumber air tadi untuk berwudhuk dan bersolat..
- Sekiranya seseorang itu sudah bertayammum dan telah menunaikan solat, namun selepas solat tiba-tiba dia memperoleh sumber air, maka solatnya itu tadi tidak wajib diulang-semula..
.