Jumaat, 13 Februari 2015

Dua Kolah Air Bersamaan Berapa Liter Air?

Apa itu kolah? Kolah adalah satu sukatan yang digunakan di negara Arab dalam menentukan isipadu air..

Bekas air yang ‪‎lebih‬ daripada 2 kolah @ anggaran 230 liter padu air, ada pendapat mengatakan 270 liter padu air. 


Dua Kolah
Sukatan Dua Kolah Air


Jika ‪dimasuki‬ sesuatu benda asing masih lagi di kira sebagai Air Mutlak selagi mana ia tidak mengubah nama dan sifat air tadi seperti bau, rasa, dan warna. Air ini juga sah untuk tujuan bersuci seperti berwudhuk..


Tapi jika ia ‪‎berubah‬ nama dan sifat air tadi seperti bau, rasa, dan warna, maka air itu tadi tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan bersuci..

Kesilapan yang sering berlaku dalam masyarakat kita ialah beranggapan bahawa mencelup kaki ke dalam kolam masjid adalah salah..



"Apabila air sampai dua qullah, maka ia 
tidak mengandungi sebarang kekotoran najis"

~ Hadis Rasulullah SAW ~


Berdasarkan hadis di atas, maka tidak salah untuk mencelupkan kaki ke dalam kolam selagi mana air tersebut melebihi 2 kolah dan juga tidak mengubah nama dan sifat air itu..

Hatta jika najis sekalipun termasuk ke dalam kolam tersebut dan air itu tidak berubah, maka air itu masih lagi di anggap 

Air Mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan



Kolam Air
Kolam Air Melebihi Dua Kolah


Manakala bekas air yang kurang‬ daripada 2 kolah lalu dimasuki sesuatu benda asing, sama ada nama dan sifat air tadi berubah atau tidak, maka air itu tadi tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan bersuci..

Sebagai contoh: Air Tulen yang dibuat menjadi Air Kopi..Ia sah lagi sedap untuk di minum tapi tidak sah untuk tujuan bersuci..


Air Kopi


Untuk bekas air yang tidak sampai 2 kolah ini, jika ingin digunakan bagi tujuan bersuci seperti berwudhuk, seelok-eloknya langkah selamat simpanlah di dalam botol air atau spray air..

Supaya lebihan air wudhuk tadi tidak bercampur dengan air mutlak di dalam botol air.. 

Ini bertujuan untuk mengelakkannya bertukar menjadi Air Mustakmal



Spray Wudhuk



.
.
#SamakSertu
#TahraUntukUmmah
.
.
Untuk maklumat lanjut HUBUNGI saya
SHAHRUL 017 776 9369
https://www.facebook.com/halalmuslimmall

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tahra Untuk Ummah