Rumah ini adalah rumah yang paling unik sekali kita orang samak, sebab rumahnya berkonsepkan kayu. Rumah ini mempunyai furnishing yang berlantaikan kayu dan mempunyai ready made perabot kayu..
Sebelum tuan rumah request untuk menggunakan perkhidmatan samak kita orang. Sebenarnya tuan rumah dah buat sendiri dah samak rumahnya di bahagian atas tingkat 2..
Tapi tuan rumah cerita masa dia samak rumahnya, dia menggunakan tanah korek yang dicampurkan dengan tanah, ikut stail dulu-dulu gitu..
~ MasyaAllah ~
Dia cerita habis lantai kayunya ada yang calar-balar bahkan ada yang rosak sebab tanah yang korek tu bercampur dengan batu, pasir, dan benda-benda keras yang akan merosakkan lantai kayu..
Samak Lantai Kayu |
Samak Lantai Kayu |
Saya dah boleh agak dah memang akan calar punya lantai kayu tu, sedangkan lantai mozek pun boleh calar, inikan pula lantai kayu yang sememangnya sensitif..
Tuan rumah cerita ingatkan senang nak samak sendiri, sekali dah buat nah..patah pinggang katanya, hampir sehari baru siap satu tingkat. Itu belum masuk samak bahagian tangga dan bahagian bawah lagi..
"Saya menyesal sungguh, kalau saya tahu begini jadinya,
dari awal lagi minta tolong kalian samak rumah saya"
Kita orang senyum je lah waktu tu, dan tuan rumah request untuk samak bahagian bawah rumah sebab bahagian atas dia dah samak sendiri..
Lantai kayu ni memang agak leceh sedikit untuk samak kerana selain sensitif mudah calar, lantai kayu ni juga mudah meresap air dan menyebabkan kayunya kembang.
Untuk lantai kayu ni, memang kena buat kerja dengan cepat tangkas..
Samak Lantai Kayu |
Samak Lantai Kayu |
Samak Lantai Kayu |
Syukur alhamdullillah kita orang berjaya untuk samak rumahnya tanpa sebarang masalah dan dalam masa yang sama kita orang buat dengan pantas dan teratur..
Masa kita orang telefon tuan rumah mengatakan kita orang dah siap, dia seakan tidak percaya kerana al-maklumlah waktu dia samak sendiri masa yang diperlukan adalah hampir sehari, tapi masa kita orang samak rumahnya hanya mengambil masa 1-2 jam..
"Pelik Bin Ajaib"
Kita orang tunjuk video yang kita orang ambil, sebab memang biasa kita orang akan merakam setiap kerja yang dilakukan sebagai bukti yang diperlukan seperti ini..
Tuan rumah bila lihat sendiri video tersebut, dia punyalah tersangat gembira dan berpuas hati dengan kerja-kerja menyamak kita orang..
Samak Lantai Kayu |
Terima kasih lah dekat tuan rumah ini kerana mempercayai perkhidmatan samak dari kita orang. Semoga mereka sekeluarga mendapat barakah dan perlindungan daripada Allah SWT..
Akhir kata dari kita orang..
"rumah ni memang rare lah"
.
.
#SamakSertu
#TahraUntukUmmah
.
.
Untuk maklumat lanjut HUBUNGI saya
SHAHRUL 017 776 9369
https://www.facebook.com/halalmuslimmall
.
#SamakSertu
#TahraUntukUmmah
.
.
Untuk maklumat lanjut HUBUNGI saya
SHAHRUL 017 776 9369
https://www.facebook.com/halalmuslimmall
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tahra Untuk Ummah