Jumaat, 3 April 2015

Samak Rumah Contoh

Ok..kali ini masa team kita orang dapat request untuk samak atau sertu rumah contoh yang dah siap di beli terus oleh tuan rumah..



Rumah Contoh Fully Furnished


Samak
Samak Rumah Contoh



Rumah Contoh ni biasalah, mestilah ramai pengunjung yang datang untuk lihat kondisi siap di dalam rumah dan dah berapa ramai agaknya yang masuk untuk lihat isi ruang di dalam rumah tersebut..

Atas faktor ingin menjaga kebersihan dan kesucian dalam beribadah, Tuan Rumah meminta perkhidmatan samak daripada team kita orang untuk tolong samak rumahnya..

Punyalah mencabar nak menyamak rumah contoh ni al-maklumlah Rumah Contoh ni semuanya dah ready-made, fully-furnished. Tuan rumah tinggal basuh kaki je untuk masuh rumah..

Antara yang menjadi cabaran kita masa nak samak rumah ini ialah isi rumah tersebut. Kita orang kena berhati-hati dan buat kerja secara cermat tanpa merosakkan peralatan rumah seperti barang elektrik seperti set tv, sofa, dan kayu furnished..



Samak
Samak Rumah Contoh


Dalam masa yang sama, tujuan untuk menyamak seluruh rumah tadi itu dapat disempurnakan..

Syukur alhamdullillah, lepas kita orang susun-atur dengan cermat, kerja-kerja menyamak kita orang tadi dapat diselesaikan sehingga habis..

Walaupun agak penat lagi mencabar, kita orang tetap gembira kerana dapat menyempurnakan tugasan samak pada kali ini.. Dan terima kasih kepada tuan rumah, kerana telah menunaikan tanggungjawabnya pada rumah yang bakal didiami itu..



Samak
Samak Sofa


Samak
Samak Karpet Berbulu




.
.
#SamakSertu
#TahraUntukUmmah
.
.
Untuk maklumat lanjut HUBUNGI saya
SHAHRUL 017 776 9369
https://www.facebook.com/halalmuslimmall



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tahra Untuk Ummah